Teks Pertandingan Forum Remaja

PERTANDINGAN FORUM REMAJA

PERINGKAT KEBANGSAAN 2009

 

 

 

SM SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA

KELANTAN

 

PESERTA:

(Pengerusi)

ABD SYAKIR FAKHRI  BIN ADNAN

 

 (Ahli Panel 1)

AIMAN NAIM BIN ADIB RADZUAN

 

 (Ahli Panel 2)

AHMAD SYAUQI NAZRI BIN SAIFU NAHAR

 

 (Ahli Panel 3)

 

 AHMAD SHAHIRAN BIN AB SUKI

NUR NAZIRA BT ARZEHAR

 

Tajuk:

“PENGAMAL PERUBATAN: ANTARA DOKTOR DENGAN BOMOH

 

 

15-18 JUN 2009

TAIPING, PERAK DARUL RIDZUAN

 

 

 

 

 

 

 

 

PENGERUSI

(ABD SYAKIR)

ASSALAMUALAIKUM WBT DAN SELAMAT SEJAHTERA.SIDANG PENDENGAR SEKALIAN, KESIHATAN MERUPAKAN NIKMAT KURNIAAN TUHAN, MANAKALA SETIAP JENIS PENYAKIT MERUPAKAN UJIAN YANG MAHA ESA. ALLAH MENYURUH HAMBA-HAMBANYA BERIKHTIAR UNTUK MENYEMBUHKAN PENYAKIT. WALAUPUN BEGITU, MENYEMBUHKAN ATAU SEBALIKNYA DATANG DARIPADA ALLAH S.W.T JUA. LANTARAN ITULAH KITA TELAH MEMILIH TAJUK ”PENGAMAL PERUBATAN: ANTARA DOKTOR DENGAN BOMOH” UNTUK SAMA-SAMA KITA SELAMI KEKUATAN-KEKUATAN YANG TERKANDUNG DALAM KEDUA-DUA JENIS PERUBATAN INI. UNTUK ITU SAYA TELAH MENJEMPUT TIGA ORANG AHLI PANEL YANG RASANYA AMAT SESUAI DALAM MEMBINCANGKAN ISU INI. SAYA PERKENALKAN DI SEBELAH KIRI SAYA……………………………………… …………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………BAIKLAH, SEBELUM KITA MELANGKAH DENGAN LEBIH JAUH, SAYA PERSILAKAN AHLI PANEL PERTAMA UNTUK MENJELASKAN DEFINISI FRASA-FRASA PENTING YANG TERDAPAT DALAM TAJUK FORUM KITA PADA HARI INI

AHLI PANEL 1

(AIMAN NAIM)

TERIMA KASIH SAUDARA PENGERUSI. ASSALAMUALAIKUM W.B.T DAN SELAMAT SEJAHTERA. ”PENGAMAL PERUBATAN” BERMAKSUD ORANG YANG BERGIAT DALAM BIDANG PERUBATAN, MENCARI PUNCA  DAN BERUSAHA UNTUK MENGUBATI MENGIKUT DISIPLIN PERUBATAN YANG DIAMALKAN. MANAKALA ”DOKTOR” PULA MEMBAWA MAKSUD ORANG YANG BERKELAYAKAN DAN BERTAULIAH UNTUK MENGAMALKAN PERUBATAN. MENURUT PENGAMAL PERUBATAN TRADISIONAL YANG TEERKENAL, USTAZ AZAHARI BIN IBRAHIM, ”BOMOH” TERBAHAGI KEPADA DUA KELOMPOK IAITU BOMOH PUTIH YANG MENJALANKAN AKTIVITI MEENGUBAT PESAKIT DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH YANG DITERIMA OLEH SYARAK SEPERTI MENGGUNAKAN AL-QURAN, AL-HADIS, AIR JAMPI MENGGUNAKAN AL-QURAN DAN HADIS, MENGGUNAKAN TUMBUH-TUMBUHAN, HAIWAN DAN BAHAN-BAHAN PERSEKITARAN YANG BUKAN NAJIS DAN KAEDAHNYA TIDAK BERTENTANGAN DENGAN SYARAK. MANAKALA JENIS BOMOH YANG KEDUA IALAH BOMOH HITAM YANG MENGUBATI PESAKIT DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH YANG BERTENTANGAN DENGAN SYARAK SEPERTI MENGGUNAKAN JIN, SYAITAN, MENYALAHGUNAKAN AL-QURAN DAN HADIS, SERTA MENGGUNAKAN BAHAN-BAHAN YANG NAJIS DAN BERTENTANGAN DENGAN SYARAK DALAM PERUBATAN MEREKA. KEMBALI KEPADA PENGERUSI.

PENGERUSI

(ABD SYAKIR)

TERIMA KASIH. JADI KITA SUDAH MENDAPAT GAMBARAN YANG JELAS TENTANG ERTI “PENGAMAL PERUBATAN”, “DOKTOR” SERTA “BOMOH”. YANG MENJADI PERSOALAN SEKARANG IALAH, APAKAH YANG MENJADI SKOP PERBINCANGAN KITA  BERDASARKAN TAJUK FORUM KITA PADA HARI INI. JADI SAYA PERSILAKAN AHLI PANEL KEDUA UNTUK MEMULAKANNYA.. DIPERSILAKAN.

AHLI PANEL 2

(SYAUQI)

TERIMA KASIH KEPADA SAUDARA PENGERUSI. SIDANG PENDENGAR SEKALIAN, PERTAMA SEKALI SAYA SUKA MELIHAT TAJUK INI DARI SUDUT PERBANDINGAN ANTARA DOKTOR DENGAN BOMOH. SAYA AKAAN MENFOKUSKAN PERBANDINGAN DARI ASPEK MENGESAN PENYAKIT. DOKTOR MENGGUNAKAN KAEDAH DIAGNOSIS UNTUK MENGESAN PENYAKIT DAN KAEDAH YANG DIAMALKAN OLEH DOKTOR LEBIH SAINTIFIK DAN DAPAT DIBUKTIKAN SERTA DAPAT DITERANGKAN PUNCA PENYAKIT, LANGKAH MENCEGAH DAN IMPLIKASI SERTA SIMPTOM-SIMPTOMNYA. UNTUK MENGESAN PENYAKIT, DOKTOR MENGAMALKAN DUA KAEDAH IAITU KAEDAH PERTAMA DIKENALI SEBAGAI PENGALAMAN KLINIKAL. MANAKALA KAEDAH KEDUA YANG LEBIH SAINTIFIK IALAH MENGGUNAKAN KAEDAH PEMERIKSAAN. HAL INI BERMAKNA DOKTOR AKAN MENGESAN PENYAKIT PESAKIT DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH UJIAN DARAH, SINAR X, UJIAN URINE, UJIAN TEKANAN DARAH DAN LAIN-LAIN LAGI. CONTOHNYA, MELALUI UJIAN DARAH, JIKA KANDUNGAN GULA DALAM DARAH MELEBIHI SKALA 11 BERMAKNA PESAKIT TERSEBUT MENGHIDAPI KENCING MANIS. NAMUN, BOMOH PULA HANYA MEMBUAT ANDAIAN TERHADAP SESUATU PENYAKIT BERDASARKAN APA-APA YANG DICERITAKAN OLEH PESAKIT DAN KEMUDIAN AKAN MENGGABUNGKANNYA DENGAN PENGALAMANNYA YANG LALU. ADA jUGA BOMOH YANG MENGGUNAKAN MAKHLUK HALUS UNTUK MENGESAN PENYAKIT ATAU DIISTILAHKAN SEBAGAI ”MENURUN” . KELEMAHAN BAGI USAHA MENGESAN PENYAKIT OLEH BOMOH INI IALAH TIDAK TERDAPAT BUKTI-BUKTI YANG SAINTIFIK,  DAN ADA KALANYA SILAP MEMBUAT ANDAIAN TERHADAP PENYAKIT JIKA PESAKIT TIDAK MENCERITAKAN YANG SEBENAR.  KERANA TIDAK ADA BUKTI ITULAH MAKA PESAKIT DIRAWAT BERDASARKAN SIMPTON DAN BUKANNYA PENYAKIT ITU SENDIRI DAN HAL INI BOLEH MENGAKIBATKAN PELBAGAI KERUMITAN YANG BERLAKU. KEMBALI KEPADA PENGERUSI

PENGERUSI

(ABD SYAKIR)

TERIMA KASIH KEPADA AHLI PANEL KEDUA YANG MELIHAT PERBANDINGAN ANTARA KEDUA-DUA PENGAMAL PERUBATAN YANG PERLU DIBERI PERHATIAN. BAGAIMANAKAH PULA PANDANGAN AHLI PANEL KETIGA. DIPERSILAKAN

AHLI PANEL 3

(AHMAD SHAHIRAN & NUR NAZIRA)

TERIMA KASIH. ASSALAMUALAIKUM W.B.T. SIDANG PENDENGAR SEKALIAN. BAGI SAYA, KITA SEMUA PERLU MELIHAT DARI SUDUT SUMBANGAN MEREKA TERHADAP PEMBANGUNAN KESIHATAN NEGARA BUKANNYA MEMBANDINGKAN DOKTOR DENGAN BOMOH. ANTARA PENYAKIT YANG BERKESAN DIUBATI OLEH DOKTOR IALAH KETUMBUHAN PERINGKAT AWAL. JIKALAU TIDAK DILAKUKAN PEMBEDAHAN OLEH DOKTOR MAKA KETUMBUHAN ITU AKAN MEREBAK. BEGITU JUGA DENGAN KECACATAN KANAK-KANAK KETIKA LAHIR CONTOHNYA USUS YANG TIDAK MEMPUNYAI SALURAN. JADI PEMBEDAHAN PERLU DILAKUKAN. NAMUN ADA SESETENGAH  PESAKIT YANG MENGHIDAP KANSER PAYU DARA TETAPI TAKUT UNTUK MELAKUKAN PEMBEDAHAN LALU  PESAKIT INI TELAH BERJUMPA BOMOH. NAMUN SETELAH USAHA ITU TIDAK BERKESAN MAKA PESAKIT ITU DATANG SEMULA BERJUMPA DOKTOR TETAPI  NASI SUDAH MENJADI BUBUR KERANA TAHAP KANSERNYA SUDAH PADA TAHAP KEEMPAT DAN SUKAR DIUBATI LAGI. NAMUN KITA PERLU SEDAR BAHAWA ADA PENYAKIT YANG TIDAK BERKESAN DIUBATI OLEH DOKTOR KERANA KAEDAH SAINTIFIK TIDAK BERKESAN. ANTARANYA PENYAKIT HISTERIA, DIRASUK DAN GANGGUAN MAKHLUK HALUS. PENYAKIT INI TIDAK BOLEH DIKESAN SECARA SAINTIFIK TETAPI PERLUKAN BACAAN AYAT-AYAT AL-QURAN UNTUK MENUNDUKKAN MAKHLUK HALUS ITU. KITA PERLU PERCAYA ADANYA MAKHLUK HALUS KERANA ALLAH S.W.T TELAH BERFIRMAN YANG BERMAKSUD ”AKU TIDAK CIPTAKAN JIN DAN MANUSIA KECUALI UNTUK BERIBADAT KEPADAKU”. BEGITU JUGA DENGAN PENYAKIT TENAGA BATIN YANG MEMERLUKAN  URUTAN, SERTA PENYAKIT YANG BERKAITAN SPIRITUAL, ANGIN, AIR SELUSUH UNTUK  IBU BERSALIN, UBAT PENGASIH, UBAT GUNA-GUNA, DISANTAU ATAU DISIHIR.

PENGERUSI

(ABD SYAKIR)

TERIMA KASIH KEPADA AHLI PANEL KETIGA. NAMPAKNYA TERDAPAT PERBEZAAN DARI SEGI PANDANGAN ANTARA AHLI PANEL KEDUA DAN KETIGA. AHLI PANEL KEDUA MELIHAT PERBANDINGAN DARI SEGI KEEFISIENAN MANAKALA AHLI PANEL KETIGA MELIHAT DARI SUDUT SUMBANGAN BOMOH DAN DOKTOR. JADI UNTUK MERUNGKAIKAN LAGI PERSOALAN INI, SAYA PERSILAKAN AHLI PANEL PERTAMA SEKALI LAGI. DIPERSILAKAN.

AHLI PANEL 1

(AIMAN NAIM)

TERIMA KASIH. SIDANG PENDENGAR SEKALIAN, SAYA SUKA MELIHAT DARI SUDUT PERBEZAAN PERALATAN ANTARA DOKTOR DENGAN BOMOH. UNTUK DIAGNOSIS PENYAKIT, DOKTOR TELAH MENGGUNAKAN ALAT-ALAT YANG BERTEKNOLOGI TINGGI SEPERTI SINAR X, ALAT PENGIMBAS  CT DAN MRI. DOKTOR JUGA MEMPUNYAI KAEDAH RAWATAN YANG TERKINI YANG DAPAT MENGURANGKAN KESAKITAN. CONTOHNYA KAEDAH LAPAROSKOPY YANG TIDAK PERLU MELAKUKAN PEMBEDAHAN YANG BESAR, CUMA PEMBEDAHAN UNTUK  BEBERAPA CM SAHAJA.  MELALUI PEMBEDAHAN INI, KAMERA KECIL DIMASUKKAN KE BAHAGIAN YANG DIBEDAH DAN RAKAMAN INI BOLEH DIHANTAR KEPADA PAKAR LUAR  NEGERI JIKA TIDAK DAPAT DISELESAIKAN OLEH PAKAR PERUBATAN KITA. UBAT-UBATAN YANG DIGUNAKAN OLEH DOKTOR JUGA AMAT BERKESAN KERANA TELAH MELALUI TAPISAN-TAPISAN TERTENTU. SEBELUM DIGUNAKAN, UBAT-UBATAN MELALUI TAPISAN DI MAKMAL, SEBELUM DIGUNAKAN, DIUJI KEPADA HAIWAN SEPERTI TIKUS PUTIH DAN KUCING. SELEPAS DISAHKAN KEBERKESANNYA DAN TIADA KESAN SAMPINGAN BARULAH UBAT ITU DIGUNAKAN UNTUK MANUSIA. BOMOH PULA

TIDAK MEMPUNYAI TEKNOLOGI TETAPI HANYA MENGGUNAKAN GERAK HATI DAN NALURI UNTUK MENGESAN PENYAKIT.  JIKA DILAKUKAN PEMBEDAHAN PUN HANYALAH MENGGUNAKAN PEMBEDAHAN BATIN YANG TIDAK MENYAKITKAN. UBAT-UBATAN YANG DIGUNAKAN PULA TERDIRI DARIPADA AIR JAMPIAN AYAT-AYAT AL-QURAN. HAL INI SELARAS DENGAN FIRMAN ALLAH S.W.T DALAM SURAH AL-ISRA AYAT 82 YANG BERMAKSUD     ” DAN KAMI TURUNKAN AL-QURAN SESUATU YANG MENJADI PENAWAR DAN RAHMAT BAGI ORANG BERIMAN”. BAHAN-BAHAN LAIN YANG DIGUNAKAN SEBAGAI UBAT OLEH BOMOH IALAH AKAR DAN DAUN KAYU, BAHAN-BAHAN SUMBER ASLI DAN  ALAM SEPERTI GAMAT, IKAN HARUAN DAN BELUT YANG TIDAK MENDATANGKAN KESAN SAMPINGAN. KEMBALI KEPADA PENGERUSI

PENGERUSI

(ABD SYAKIR)

TERIMA KASIH KEPADA AHLI PANEL PERTAMA. MUNGKIN ADA AHLI PANEL YANG LAIN INGIN MENAMBAH? DIPERSILAKAN.

 AHLI PANEL 3

(AHMAD SHAHIRAN & NUR NAZIRA)

TERIMA KASIH PENGERUSI. SIDANG PENDENGAR SEKALIAN. SAYA MASIH LAGI CUBA UNTUK MELIHAT SUMBANGAN KEDUA-KEDUA PENGAMAL PERUBATAN INI DARIPADA MELIHAT PERBANDINGANNYA. PERUBATAN MODEN YANG DITERAJUI OLEH DOKTOR MEMANG TERBUKTI BERKESAN UNTUK MELAWAN PENYAKIT.  DOKTOR DIBEKALKAN DENGAN ANTIVIRUS UNTUK MELAWAN VIRUS DARIPADA TERUS MEMBIAK. KALAU VIRUS INI MEMBIAK, MAKA SISTEM PERTAHANAN BADAN AKAN DIBUNUH. ANTARA ANTIVIRUS YANG TERDAPAT DI MALAYSIA IALAH HAART IAITU KOMBINASI ANTIVIRUS YANG SUDAH DIBUKTIKAN BERKESAN. BEGITU JUGA DENGAN UBAT PENENANG UNTUK PESAKIT MENTAL YANG DIKENALI SEBAGAI VALIUM. UNTUK MENAHAN KESAKITAN TERDAPAT JUGA PONSTANT DAN PARACETAMOL. NAMUN TERDAPAT JUGA KESAN SAMPINGAN DARIPADA UBAT-UBAT YANG DIBEKALKAN OLEH DOKTOR INI. ADA UBAT YANG BOLEH MEROSAKKAN BUAH PINGGANG DAN HATI KERANA UBAT BERLEBIHAN DIKUMUHKAN MELALUI BUAH PINGGANG DAN HATI. UBAT BIASA SEPERTI PARACETAMOL JUGA ADA KESAN SAMPINGAN IAITU GASTRIK. BAGI UBAT YANG DIBEKALKAN OLEH BOMOH TIDAK MEMPUNYAI KESAN SAMPINGAN KERANA HANYA DARIPADA BAHAN SEMULA JADI SERTA BEBAS DARIPADA BAHAN KIMIA DAN DADAH.  CUMA MASALAHNYA IALAH MAKLUMAT BERKAITAN DOS YANG PATUT DIAMBIL TIDAK JELAS DAN DOS BERLEBIHAN BOLEH MENGAKIBATKAN KESAN KETOKSIKAN KEPADA PENGGUNANYA. ALAT-ALAT YANG DIGUNAKAN UNTUK MENGISI UBAT OLEH BOMOH TIDAK DISTERILKAN TERLEBIH DAHULU MEMUNGKINKAN BERLAKUNYA KERACUNAN. KEMBALI KEPADA PENGERUSI.

PENGERUSI

(ABD SYAKIR)

TERIMA KASIH KEPADA AHLI PANEL KETIGA ATAS GARAPAN PENDAPAT YANG CUKUP KRITIS BERKAITAN SUMBANGAN KEDUA-DUA PENGAMAL PERUBATAN INI. SETERUSNYA, APAKAH PULA PENDAPAT DARIPADA AHLI PANEL KEDUA?

AHLI PANEL 2

(SYAUQI)

TERIMA KASIH KEPADA PENGERUSI. SIDANG PENDENGAR SEKALIAN. SAYA AKAN MEMBUAT PERBANDINGAN KAEDAH RAWATAN ANTARA DOKTOR DENGAN BOMOH. KAEDAH RAWATAN PERTAMA YANG DIAMALKAN OLEH DOKTOR IALAH KAEDAH PESAKIT LUAR. KAEDAH KEDUA IALAH PESAKIT ITU AKAN DIMASUKKAN KE WAD SETELAH DILAKUKAN PEMERIKSAAN ATAUPUN DIRUJUK OLEH DOKTOR DI PUSAT-PUSAT KESIHATAN. KAEDAH KETIGA IALAH KAWALAN RAPI.  DOKTOR AKAN MEMANTAU PESAKIT INI DENGAN KERAP KERANA BIASANYA PESAKIT YANG DIMASUKKAN KE PUSAT KAWALAN RAPI TERDIRI DARIPADA PESAKIT YANG BERADA PADA TAHAP  KRONIK DAN KRITIKAL. KAEDAH RAWATAN DOKTOR YANG KEEMPAT IALAH PENGASINGAN. DOKTOR AKAN MENGASINGKAN PESAKIT  DARIPADA BERGAUL DENGAN MASYRAKAT BAGI PESAKIT YANG MENGHIDAP PENYAKIT BERJANGKIT TERUTAMA YANG BERJANGKIT MELALUI UDARA SEPERTI SELESEMA BURUNG DAN INFLUENZA A.  TUNTASNYA, KAEDAH RAWATAN DARIPADA DOKTOR INI LEBIH BERKESAN. BAGI BOMOH PULA, KAEDAH RAWATAN HANYALAH PEMERHATIAN, JAMPI, URUT  ATAU DIBERIKAN UBAT SAHAJA. BOMOH TIDAK MENJALANKAN KAEDAH-KAEDAH SEPERTI YANG DIAMALKAN OLEH DOKTOR.  KAEDAH YANG DIAMALKAN OLEH BOMOH KURANG BERKESAN KERANA SEMUA PESAKIT DIRAWAT DENGAN CARA YANG SAMA. PENYAKIT JUGA MUDAH BERJANGKIT KERANA BOMOH MEMBENARKAN PESAKITNYA BEBAS BERGAUL DAN BERSAMA-SAMA KELUARGA. KEMBALI KEPADA  PENGERUSI.

PENGERUSI

(ABD SYAKIR)

TERIMA KASIH KEPADA AHLI PANEL KEDUA.

AHLI PANEL 1

(AIMAN NAIM)

PENGERUSI BOLEH SAYA MENAMBAH? SAYA INGIN MELIHAT DARI SEGI PERBEZAAN KOS. JIKA PESAKIT MENDAPATKAN RAWATAN DARIPADA DOKTOR KOSNYA AMAT MAHAL TERUTAMA BAGI PENYAKIT-PENYAKIT KRONIK KERANA MELIBATKAN KOS YANG TINGGI UNTUK PERALATAN DAN UBATAN. SEBAGAI CONTOHNYA PEMBEDAHAN INJAP JANTUNG DI INSTITUT JANTUNG NEGARA MEMERLUKAN KOS SEBANYAK RM 18,000. NAMUN BEGITU, KERAJAAN SEDAR AKAN MASALAH RAKYATNYA LALU MENUBUHKAN JABATAN KEBAJIKAN SOSIAL DI SETIAP HOSPITAL BAGI MEMBERI KEMUDAHAN KEPADA PESAKIT YANG TIDAK MAMPU. BEGITU JUGA PIHAK-PIHAK SYARIKAT INSURANS SEPERTI PRUDENTIAL DAN TAKAFUL IKHLAS YANG BANYAK MEMBIAYAI AHLI-AHLINYA MELAKUKAN PEMBEDAHAN. NAMUN BAGI PESAKIT YANG MENGANGGAP BEBANAN KOS YANG TINGGI MENIMBULKAN MASALAH, MAKA MEREKA MEMILIH UNTUK BERJUMPA BOMOH. KOS UNTUK MENDAPATKAN RAWATAN DARIPADA BOMOH TIDAK MAHAL KERANA HANYA MENGGUNAKAN BAHAN SETEMPAT. BOMOH JUGA TIDAK PERLU MENYEDIAKAN TEMPAT TINGGAL DAN MAKAN MINUM UNTUK PESAKIT. ADA SESETENGAH BOMOH JUGA MENGUBAT PESAKIT KERANA KEIKHLASAN MENYEBABKAN KOSNYA TIDAK TINGGI. NAMUN ADA BOMOH YANG MELETAKKAN NILAI PENGERAS YANG TINGGI NAMUN SEKIRANYA MASYARAKAT SEDAR BAHAWA BOMOH ITU MATERIALISTIK MAKA BOMOH ITU AKAN DIPULAU OLEH MASYARAKAT SECARA PERLAHAN-LAHAN.

P0ENGERUSI

(ABD SYAKIR)

TERIMA KASIH KEPADA AHLI PANEL PERTAMA YANG MELIHAT PERBEZAAN DARI ASPEK KOS. MUNGKIN ADA TAMBAHAN  DARIPADA AHLI PANEL KEDUA?

AHLE PANEL 2

(AIMAN NAIM)

TERIMA KASIH KEPADA PENGERUSI. SETELAH KITA BERBINCANG SELAMA HAMPIR 20 MINIT, SAYA MELIHAT KEDUA-KEDUA PENGAMAL PERUBATAN MEMPUNYAI KEKUATAN MASING-MASING  KERANA YANG MENYEMBUHKAN PENYAKIT IALAH ALLAH YANG MAHA ESA.  MARILAH SAMA-SAMA KITA BERDOA AGAR KEDUA-DUA PIHAK  DAPAT BERPADU TENAGA KERANA DOKTOR ADA KEKUATAN DARI SEGI TEKNOLOGI MANAKALA BOMOH ADA KEKUATAN DARI SEGI BUDAYA. DOKTOR PERLU MENGGUNAKAN KECANGGIHAN TEKNOLOGI ZAMAN SEKARANG UNTUK MENYEBARKAN DAN BERKONGSI AMALAN PERUBATAN DENGAN DOKTOR-DOKTOR LAIN DI SELURUH DUNIA.  BOMOH JUGA ADA KEKUATAN TERSENDIRI KERANA BIDANG PERBOMOHAN MERUPAKAN BIDANG PERUBATAN TERTUA DAN MENJADI SIMBOL KEKUATAN BUDAYA. SEMUA KAUM DI DUNIA BERBANGGA DENGAN KEHEBATAN BOMOH MASING-MASING YANG BERTUNJANGKAN KEKUATAN BUDAYA KAUM MASING-MASING SEPERTI BOMOH KAUM MELAYU, BOMOH CINA, BOMOH SIAM, BOMOH INDIA, BOMOH JAWA, BOMOH IBAN, BOMOH KADAZAN DAN LAIN-LAIN LAGI. KITA BERHARAP AGAR KEDUA-DUA PIHAK IAITU DOKTOR DAN BOMOH DAPAT DUDUK SEMEJA AGAR UBAT DARIPADA BOMOH BOLEH DIPERLUAS PENGGUNAANNYA. LAGIPUN KINI SUDAH ADA KAJIAN SAINTIFIK  TERHADAP UBAT-UBATAN BOMOH SEPERTI GAMAT, BELUT, IKAN HARUAN DAN TONGKAT ALI SERTA KACIP FATIMAH. KITA JUGA PATUT BERBANGGA KERANA SUDAH ADA BEBERAPA HOSPITAL DI NEGARA KITA YANG MENYEDIAKAN RAWATAN ALTERNATIF. 

PENGERUSI

(ABD SYAKIR)

TERIMA KASIH AHLI PANEL KEDUA.

AHLI PANEL 3

(AHMAD SYAJIRAN & NUR NAZIRA)

PENGERUSI BOLEH SAYA MENAMBAH SEDIKIT? SAYA AMAT SETUJU DENGAN PENDAPAT AHLI PANEL KEDUA SEBENTAR TADI BAHAWA KEDUA-DUA PIHAK PERLU DUDUK SEMEJA UNTUK MEMBANTU ANTARA SATU SAMA LAIN. NAMUN SEBELUM ITU, KEDUA-DUA PIHAK PERLU MENGATASI MASALAH YANG WUJUD SUPAYA TAHAP KEYAKINAN MASYARAKAT TERHADAP MEREKA AKAN MENINGKAT. BAGI DOKTOR, PERTAMA SEKALI RAWATAN YANG DIBERIKAN HARUSLAH BERSUNGGUH-SUNGGUH. JANGAN ASYIK-ASYIK BERIKAN UBAT PANADOL SAHAJA SEHINGGAKAN DIGELAR DOKTOR PANADOL. KEDUA, MASA MENUNGGU UNTUK MENDAPATKAN RAWATAN MESTILAH SINGKAT. KETIGA, DOKTOR PERLU MENANGANI PENULARAN UBAT TIRUAN DAN JANGAN BIARKAN DOKTOR TERLIBAT DENGAN GEJALA PENJUALAN UBAT BATUK. AKHIR SEKALI DOKTOR JANGAN PENTINGKAN KEUNTUNGAN TERUTAMA BAGI DOKTOR KERAJAAN YANG BEKERJA SAMBILAN DI KLINIK SWASTA YANG MEMUJUK PESAKIT MEMBUAT PEMBEDAHAN DI KLINIK SWASTA AGAR MENDAPAT KEUNTTUNGAN. BOMOH PULA PERLU MEEMPUNYAI PERSATUAN YANG MANTAP UNTUK MENGAWAL ETIKA AHLI-AHLINYA. KEDUA, PASTIKAN TIADA BOMOH YANG MENGAMBIL KESEMPATAN KE ATAS PESAKIT SEPERTI MEMUKAU, CABUL DAN ROGOL. KETIGA,  PENGERAS YANG DIKENAKAN TERHADAP PESAKIT BIARLAH BERPATUTAN. KEEMPAT, ELAKKAAN KETIDAKSEPAKATAN ANTARA BOMOH  BAGI TUJUAN MENUNJUKKAN KEHEBATAN MASING-MASING. KELIMA, DOS PENGAMBILAN UBAT MESTILAH JELAS DAN AKHIR SEKALI ALAT PENYEDIAAN UBAT PERLULAH DISTERILKAN SUPAYA TIDAK ADA KEMUNGKINAN BAKTERIA MEMBIAK. KEMBALI KEPADA PENGERUSI.         

PENGERUSI

(ABD SYAKIR)

TERIMA KASIH KEPADA AHLI PANEL SEKALIAN. OLEH ITU, SELESAILAH PERBINCANGAN KITA PADA HARI INI. DALAM RUANG MASA YANG ADA SAYA PERSILAKAN AHLI PANEL UNTUK MENGUTARAKAN RUMUSAN  SEBAGAI PENUTUP MAJLIS. DIPERSILAKAN.

AHLI PANEL 1

(AIMAN NAIM)

KITA JANGAN MELIHAT SIAPA YANG MERAWAT SAMA ADA DOKTOR ATAU BOMOH, TETAPI LIHATLAH SUMBANGAN MEREKA.

AHLI PANEL 2

(SYAUQI)

UNTUK SAMPAI KE PUNCAK TERDAPAT BANYAK JALAN. UNTUK SEMBUH, DOKTOR ATAU BOMOH? TEPUK DADA TANYA SELERA

AHLI PANEL 3

(AHMAD SYAHIRAN & NUR NAZIRA)

KITA HANYA MERANCANG TAPI TUHAN YANG MENENTUKAN. YANG BERUBAT IALAH PESAKIT, YANG MENGUBAT IALAH DOKTOR ATAU BOMOH, YANG MENYEMBUHKAN IALAH ALLAH S.W.T. SETIAP PENYAKIT ADA UBATNYA KECUALI PENYAKIT TUA DAN MATI

PENGERUSI

(ABD SYAKIR)

SEBAGAI AKHIRULKALAM, DAPATLAH DISIMPULKAN BAHAWA SETIAP PESAKIT BERHAK UNTUK MENDAPAT PERKHIDMATAN TERBAIK DARIPADA MANA-MANA PENGAMAL PERUBATAN.  APA-APAPUN, SETIAP PESAKIT PERLU  MEMASTIKAN RAWATAN YANG DITERIMA TIDAK BERTENTANGAN DENGAN AJARAN AGAMA YANG DIANUTI MASING-MASING. SEMOGA KITA BERJUMPA LAGI PADA MASA YANG AKAN DATANG SEKIAN, WASSALAM

 

 

 

 

 

 

 

 

About these ads

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: